Hasil Lawatan PM Singapura Ke Malaysia Perkukuh Hubungan Dua Hala – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil menyifatkan lawatan Perdana Menteri Singapura ke Malaysia pada 7 Januari 2025 menghasilkan pengukuhan hubungan kedua-dua negara. Foto Arkib

PUTRAJAYA, 8 Jan – Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu termasuk sejumlah kerjasama dimeterai antara Malaysia dan Singapura semalam, yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Hubungan erat antara Malaysia dan Singapura akan bertambah baik dan beberapa perkara selain daripada apa yang telah diumumkan, akan terus dibincang untuk dicari penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama Pwrdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan isteri Loo Tze Lui pada sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Fahmi berkata hasil lawatan kerja itu memberi lonjakan dari segi pandangan umum tentang hubungan akrab Malaysia dan Singapura, termasuk potensi untuk pertumbuhan ekonomi melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Selain itu, Fahmi berkata turut dibincangkan hari ini ialah perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang telah diadakan dengan jayanya.

“Kita juga berharap bahawa rakan-rakan media akan dapat mainkan peranan untuk menguar-uarkan usaha kerajaan untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.

Logo dan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) iaitu Wira dan Manja diperkenalkan pada peluncuran kempen TMM2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin. Foto Tourism Malaysia

Malaysia menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pengunjung dan menjana pendapatan RM147.1 bilion untuk TMM2026.

Kempen itu telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *