Kerajaan Tak Sorok Dokumen Dikaitkan Titah Adendum – Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata beliau sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen berkenaan.

PUTRAJAYA, 8 Jan – Kerajaan tidak pernah menyembunyikan dokumen dikaitkan dengan Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata beliau sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen berkenaan.

“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok, saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi, tidak ada menerima, melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen terbabit.

“Saya percaya perkara ini, oleh sebab ia membabitkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum Mahkamah Rayuan memutuskan supaya kes ini diserah semula kepada Mahkamah Tinggi, maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara mengenai beberapa perkara yang tidak akan prejudis perjalanan kes terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *