Hasil 40 Peratus: Armizan Ganti Ewon Wakili Sabah

Armizan (kanan) bersama Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi, Putrajaya pada 14 November 2025.

PUTRAJAYA, 14 Nov – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali dilantik sebagai wakil Sabah dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63), menggantikan Ewon Benedick yang meletak jawatan secara mengejut dan akhirnya menuai kecaman netizen atas kekhilafannya sendiri.

Rundingan pertama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah berhubung hak tuntutan 40 peratus hasil bersih negeri itu, akan diadakan Isnin ini di Menara Kinabalu.

Usaha itu akan dimulakan di peringkat pegawai yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican, mewakili Kerajaan Persekutuan.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi, Putrajaya pada 14 November 2025.

“Bagi Kerajaan Sabah, ia diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, memandangkan kerajaan Sabah ketika ini berada di bawah ‘caretaker’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Ketika diaju mengenai status Ewon yang telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Fahmi berkata, status Ahli Parlimen Penampang itu kini dalam tempoh bercuti.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi, Putrajaya pada 14 November 2025.

“Boleh rujuk dengan Pejabat Perdana Menteri, saya tak ada angka yang tepat (jumlah hari Ewon bercuti), tetapi perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat tadi,” jelas beliau.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, sebagaimana diputuskan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia.

Jeritan ‘berprinsip’ Ewon Benedick yang mengumumkan UPKO keluar daripada Pakatan Harapan kini langsung tidak bernilai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu terhadap keputusan bias Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2025.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan kerajaan hanya merayu terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *