PRU Sabah: KEADILAN Tambah Kerusi Bertanding Di Moyog

Remystar Taylor dicalonkan KEADILAN bagi DUN Moyog pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 yang akan membuka tirai pada 15 November 2025.
KOTA KINABALU, 14 Nov – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menambah satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), kali ini membabitkan DUN Moyog dalam parlimen Penampang.
Pengarah Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Datuk Peto Galim mengesahkan parti itu menambah dua lagi kerusi yang akan ditandingi di dua DUN berkenaan termasuk DUN Bandau yang diumumkan lebih awal.
“Hanya dua kerusi iaitu DUN Moyog dan (terdahulu) Bandau. Remystar Taylor dicalonkan bagi DUN Moyog,” kata Peto yang mempertahankan kerusi DUN Inanam dalam parlimen Sepanggar.

Susulan penambahan kerusi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan calon KEADILAN bertanding pada PRU Sabah kali ini ialah seramai 12 orang.
Berkemungkinan KEADILAN meletakkan Remysta dipercayai setelah UPKO keluar daripada PH Isnin lalu dan kerjasama dalam PH kini hanya membabitkan KEADILAN, DAP dan Amanah.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini menamakan Datuk Redonah Bahanda sebagai calon GRS di DUN Bandau manakala bagi DUN Moyog pula, ialah Ir Joeynodd Aiiko Roland Bansin.
SENARAI CALON KEADILAN BAGI PRU DEWAN UNDANGAN SABAH 2025
- N 06 Bandau – Zaidi Jatil
- N 18 Inanam – Datuk Peto Galim
- N 20 Api-Api – Thonny Chee
- N 23 Petagas – Awang Husaini Awang Sahari
- N 26 Moyog – Remysta Taylor
- N 35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Musa
- N 42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
- N 44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran
- N 50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
- N 54 Karamunting – George Hiew Vun Zin
- N 61 Segama – Romansa Lamin
- N 72 Merotai – Datuk Ruji Ubi
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
