Hari Malaysia 2025: Tolak Fahaman Ekstrimisme Dalam Masyarakat Majmuk – Penganalisis

Faizul menyeru rakyat menolak fahaman ekstremisme yang cuba mengeksploitasi perbezaan dengan menyemai benih kebencian dan rasa curiga antara satu sama lain. Foto Arkib

JOHOR BAHRU, 16 Sep – Seluruh rakyat diseru untuk bersatu dan menolak sekeras-kerasnya fahaman ekstremisme yang cuba disebarkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini sempena meraikan sambutan Hari Malaysia 2025 yang disambut di seluruh negara hari ini.

Fahaman ini, kata penganalisis yang sering kali menyamar di sebalik isu-isu sensitif, berpotensi memecahbelahkan perpaduan dan mengancam kestabilan negara jika tidak dibendung dan dicegah dari awal.

“Saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama, dan budaya, perlu menyedari bahawa meraikan perbezaan adalah kekuatan sesebuah negara namun fahaman ekstremisme cuba mengeksploitasi perbezaan ini dengan menyemai benih kebencian dan rasa curiga antara satu sama lain. Ia adalah ancaman yang senyap tetapi amat berbahaya.

Perpaduan dan keamanan dapat dicapai apabila rakyat berbilang kaum sepakat menolak fahaman ekstrimisme yang cuba diserap dalam masyarakat. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

“Justeru, dalam semangat Hari Malaysia, kita harus kembali kepada prinsip-prinsip asas yang membentuk negara ini—kesederhanaan, toleransi, dan saling menghormati.

“Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memerangi fahaman ekstremis ini dengan mengamalkan sikap terbuka, memastikan maklumat yang diterima adalah sahih, dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif provokatif yang disebarkan di media sosial seperti insiden di Kampung Sungai Baru tempoh hari,” ujar Faizul Abd Ghani.

Beliau menyeru semua pihak agar menjadikan sambutan kali ini sebagai titik tolak untuk memperkukuh lagi ikatan persaudaraan sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat berbilang kaum meraikan Hari Malaysia 2025 dengan penuh semangat patriotik dan berjiwa merdeka. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Tambahnya lagi, dengan menolak fahaman ekstremisme ini, ia bukan sahaja melindungi masa depan anak cucu, tetapi juga memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, harmoni, makmur dan menjadi contoh buat negara lain yang bergolak.

“Perpaduan adalah benteng pertahanan terbaik kita menentang apa jua anasir yang cuba memecahbelahkan kita,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat kebangsaan di Butterworth, Pulau Pinang jam 8.30 malam ini.

Pelbagai acara menarik disusun sempena Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ pada 16 September 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *