UCL: Odegaard Cedera, Arsenal ‘Tempang’ Bertemu Bilbao?

Mikel Arteta berlepas dengan skuad Arsenal tanpa kelibat kapten Martin Odegaard bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Athletic Bilbao awal pagi 17 September 2025. Foto Arsenal

LONDON, 16 Sep – Bos Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan bahawa pasukannya tidak dapat menurunkan khidmat kapten mereka, Martin Odegaard pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Athletic Bilbao awal pagi esok.

Odegaard berdepan masalah kecederaan yang agak serius ketika The Gunners mencatat kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest apabila terlibat dengan pelanggaran bersama pemain lawan, Morgan Gibbs-White serta rakan sepasukannya, Jurrien Timber.

Arteta mengesahkan bahawa kecederaan bahu yang dialami Odegaard itu adalah masalah sama yang dihadapi pemain itu sebelum cuti rehat antarabangsa lalu.

Mikel Arteta jelas kecewa apabila harapan mahu merapatkan jurang dengan Liverpool gagal setelah Arsenal seri 1-1 dengan United di Old Trafford pada 9 Mac 2025. Foto Reuters

Situasi berkenaan menyebabkan Arteta percaya bahawa pemain berkenaan mungkin tidak dapat disenaraikan ketika berdepan Bilbao di San Mames awal pagi esok untuk memberikan peluangnya untuk pulih.

“Ia kecederaan sama dialaminya sebelum ini. Dia tidak selesa untuk meneruskan aksi ketika menentang Forest sebelum ini. Jadi, kami terpaksa menunggu laporan penuh daripada doktor.

“Saya percaya dia akan berusaha keras untuk cergas menjelang aksi menentang Bilbao nanti, tetapi saya akan mendapatkan nasihat daripada pasukan perubatan mengenai tahap kecederaan itu,” katanya.

Bintang Arsenal giat menjalani latihan menjelang pertembungan dengan seteru kejuaraan liga Liverpool di Anfield pada 31 Ogos 2025. Foto Arsenal

Mengulas mengenai sama ada kecederaan itu menyebabkan Odegaard memerlukan proses pembedahan dan terpaksa berehat lama, Arteta menolaknya.

“Saya tidak fikir ia sampai ke tahap itu (pembedahan). Saya bukan pakar, tetapi pasukan perubatan tidak terlalu menjurus ke arah itu dan ia sangat melegakan,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *