Hari Malaysia 2025: Leburkan Rasa Kebencian, Prasangka Bentuk Negara Merdeka, Berdaulat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth bagi sambutan kemuncak Hari Malaysia 2025 pada 16 September 2025. Foto JPM

BUTTERWORTH, 16 Sep – Pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat yang bersatu hanya akan dicapai sekiranya rakyat meleburkan rasa kebencian dan prasangka buruk di antara kaum, agama dan wilayah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth, di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku terhadap Doha, Qatar yang diserang Israel dan kehancuran Palestin secara terus menerus menunjukkan bahawa kekuatan dunia Islam dan Arab sukar menyaingi kekuatan rejim zionis itu.

Sehubungan itu, katanya, negara merdeka dan berdaulat harus bersatu supaya keharmonian yang dikecapi dapat terus dirasai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth bagi sambutan kemuncak Hari Malaysia 2025 pada 16 September 2025. Foto JPM

“Setelah Israel menyerang Doha, Qatar, dan terus menerus menghancurkan Gaza dan Palestin di tebing barat, apa yang saya dapat saksikan adalah sebuah kekuatan dunia Islam dan Arab sukar menyaingi kekuatan Israel.

“Apa pengajaran (dalam hal ini) adalah negara merdeka dan berdaulat mesti bersatu dan meleburkan kebencian serta prasangka antara kaum, agama dan wilayah.

“Mesti menentukan bahawa sikap pelampau sama ada kaum, atau fanatik agama, atau suku kaum dan faham wilayah sempit, mesti dibanteras untuk menjamin kelapangan hidup negara yang berdaulat dan merdeka,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth bagi sambutan kemuncak Hari Malaysia 2025 pada 16 September 2025. Foto Ariff Sarbri / Bernama

Sambutan yang dihadiri lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum itu dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagi memastikan negara sentiasa mengecapi keharmonian pemimpin berdepan cabaran untuk memastikan ekonomi supaya melonjak namun yakin mampu digapai dengan tata kelola yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth bagi sambutan kemuncak Hari Malaysia 2025 pada 16 September 2025. Foto Ariff Sarbri / Bernama

“Dengan tata kelola yang baik apa yang dilakukan oleh penjajah yang menyebabkan negara miskin, negara diperkotak-katikkan dapat diselamatkan disamping dengan agenda pembaharuan ekonomi yang lebih lancar dan gagah yang menjamin keselesaan bagi semua,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *