Suspek, Jeetu Saini, 33, dikatakan hilang pertimbangan selepas gurauan itu dilakukan oleh mangsa ketika majlis sambutan hari lahirnya yang dihadiri rakan-rakan.

NEW DELHI, 1 Mei – Sambutan hari jadi bertukar tragedi berdarah apabila seorang lelaki bertindak menembak mati tiga rakannya kerana berang wajahnya disapu kek dalam kejadian di sebuah gimnasium di Khurja, Uttar Pradesh, barat India, Sabtu lalu.

Memetik laporan Oddity Central, suspek, Jeetu Saini, 33, dikatakan hilang pertimbangan selepas gurauan itu dilakukan oleh mangsa ketika majlis sambutan hari lahirnya yang dihadiri rakan-rakan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Amardeep Saini, Manish Saini, dan Akash Saini. Mereka disahkan meninggal dunia di hospital, akibat parah.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Amardeep Saini, Manish Saini, dan Akash Saini disahkan maut akibat parah di hospital.

Ketua Polis Balai Khurja Nagar, Antriksh Jain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada lewat malam sebelum segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas wajahnya disapu kek oleh rakan-rakannya semasa sambutan hari jadi.

“Berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan membawa kepada insiden tembakan ini,” katanya.

Menurut saksi, Jeetu dilihat bertengkar dengan ketiga-tiga mangsa sebelum meluru keluar dari gimnasium itu dalam keadaan marah.

Suspek kemudian kembali semula ke lokasi kejadian bersama sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol berlesen, sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa tanpa sempat mereka melarikan diri.

Saudara kepada salah seorang mangsa, Sanjay Saini berkata, suspek sempat menghubunginya pada malam kejadian untuk mengadu mengenai sikap kurang ajar mangsa terhadapnya.

Sanjay berkata, dia cuba menenangkan keadaan dan berjanji akan menyelesaikan perkara itu pada keesokan pagi, namun tidak menyangka tragedi itu akan berlaku.

Suspek bersama rakan subahatnya sedang dalam buruan polis selepas melarikan diri sebaik sahaja insiden tembakan itu berlaku.

Polis dilaporkan sudah menahan lebih 15 individu untuk disoal siasat bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *