Aktivis GSF Dipindah Ke Crete, Tapi Mahu Teruskan Pelayaran Ke Gaza

Aktivis Global Sumud Flotila (GSF) tiba di pelabuhan Atherinolakkos selepas turun dari kapal Pengawal Pantai Greece pada 1 Mei 2026. Foto AFP

BANGI, 1 Mei – Aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 ke Gaza yang diserang Israel semalam sedang dipindahkan ke sebuah lapangan terbang di Crete untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan pada Jumaat.

Seramai 178 aktivis dari pelbagai negara, termasuk Greece, dibawa ke Kampung Atherinolakkos di Lasithi, timur Crete, dan dari sana mereka akan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Heraklion, lapor penyiar SKAI memetik sumber tempatan.

Dari lapangan terbang itu, aktivis akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Aktivis Global Sumud Flotila tiba di pelabuhan Atherinolakkos selepas turun dari kapal Pengawal Pantai Greece pada 1 Mei 2026. Foto AFP

Bagaimanapun, mereka bersedia untuk meneruskan pelayaran ke Gaza walaupun berdepan sekatan daripada Israel dan perbicangan lanjut sedang diadakan.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, 21 dari 22 bot sudah disahkan dengan satu daripadanya dipercayai disabotaj oleh rejim Zionis dan terputus hubungan.

Menurut beliau, keseluruhan bot kini dilaporkan selamat dan sedang berlindung di perairan Greece dan peserta masih bersemangat untuk meneruskan pelayaran misi kemanusiaan itu.

Pengawal pantai Greece memantau pergerakan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditangkap rejim Israel pada 1 Mei 2026. Foto Agensi

“Kita masih lagi berpendirian bahawa apa yang kita lakukan ini betul dan disahkan oleh perundangan dan semua delegasi yang berteduh masih bersemangat dan bersedia untuk meneruskan pelayaran termasuk yang menanti kita di Turkiye,” katanya semasa sidang khas akhbar, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu.

Insiden tersebut berlaku ketika mereka menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika dan 650 batu nautika ke pantai Gaza.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *