Gegaran Gempa Bumi Di Sabah Turut Dirasai Hingga Brunei, Sarawak

Anggota bomba memantau situasi laut susulan gegaran gempa bumi melanda perairan luar Kota Marudu pada 23 Februari 2026.

KOTA KINABALU, 23 Feb – Satu gegaran gempa bumi kuat dengan rekod magnitud 6.8 berlaku di perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah sekitar pukul 12.57 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memberitahu, gempa terbabit dikesan pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.4 darjah timur, dengan kedalaman 678 kilometer, kira-kira 49 kilometer (KM) ke barat Kudat.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Sabah, Sarawak, serta beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu. MET Malaysia akan terus memantau perkembangan dan keadaan seismik dari semasa ke semasa,” katanya.

Dilaporkan gegaran turut dirasai di Brunei Darussalam kira-kira jam 1 pagi menurut laporan media tempatan.

Menurut laporan JKR Brunei, gegaran dari Sabah turut dirasai hingga ke negara itu awal pagi tadi menurut kenyataan media pagi ini.

“Di area saya di kpg Marudi waktu tengah main game jam 1.10 pagi terasa juga hampir mahu 7 kali goyangan..😮‍💨,” tulis Anthonyjabu Selikau.

Sementara itu, seorang penduduk di Kepayan, Noraini Jamin, 50, ketika dihubungi berkata, beliau terjaga daripada tidur apabila merasakan seperti ada gegaran di sekitar kediamannya di apartmen, di sini.

“Saya terjaga sekitar pukul satu pagi apabila terasa seperti ada gegaran dalam tempoh 10 saat. Gegaran saya rasakan tadi mengingatkan saya dengan kejadian gempa bumi tahun 2015.

“Selepas gegaran itu, saya keluar daripada rumah dan melihat ada beberapa orang jiran dibangunan apartmen saya tinggal juga keluar meninjau keadaan sekeliling. Bagaimanapun, keadaan masih terkawal,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Putatan, Nuralieya Marzuki, 28, berkata, sekitar kejadian gegaran itu, beliau terjaga daripada tidur dan beranggapan hanya merasa pening.

“Namun suasana dalam rumah kecoh seketika apabila semua ahli keluarga keluar daripada bilik ketika gegaran itu. Gegaran itu hanya berlaku dalam tempoh sekejap saja,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *