Tokoh Perbankan Islam Antara Tiga Didakwa Kes Penipuan Pelaburan

SPRM memberkas seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu. Foto SPRM
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Tiga individu termasuk seorang tokoh terkemuka dalam industri perbankan Islam hari ini akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas kesalahan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Dilaporkan tokoh bergelar Tan Sri yang berusia lingkungan 60-an itu sudah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu penipuan pelaburan membabitkan lebih RM300 juta.
Siasatan mendapati ramai pelabur kerugian ratusan juta ringgit akibat sindiket terbabit.
Sebelum ini, SPRM melaporkan seorang lelaki bergelar Tan Sri ditahan disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
Lelaki itu dipercayai menawarkan pelaburan wang tetapi menyalahgunakan wang berkenaan mungkin ke akaun sendiri atau sebagainya.
Kes ini juga dipercayai membabitkan kesalahan undang-undang lain di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan sebagainya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
