’Gaji Puluh Ribu Masih B40, Dia Dari Benua Mana?’ – PM Anwar Bidas MP PN

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan bulan April 2024 di Putrajaya. Foto Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 2 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan usaha kerajaan memperbaiki dasar negara termasuk penyasaran subsidi dan skim pencen.

Bercakap pada perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan, Anwar berkata beliau kecewa kerana usaha kerajaan itu dikaitkan dengan dakwaan ada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini tergolong dalam kumpulan B40 kerana tidak mendapat peruntukan.

“Ada Ahli Parlimen (pembangkang) kata kenapa nak perubahan, bila (kita buat) penyasaran subsidi dan perubahan sistem pencen, dia (pembangkang) kata tak boleh kerana Ahli Parlimen ada yang B40.

“Cakap apa itu? Gaji puluh ribu dengan elaun, masih B40. Dia (pembangkang) ini cakap dari benua mana?” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan bulan April 2024 di Putrajaya. Foto Kementerian Kewangan

Beliau dipercayai merujuk dakwaan yang dibuat pada 5 Mac lalu apabila Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam Dewan Rakyat mendakwa ada wakil rakyat PN tergolong dalam kumpulan B40 susulan tindakan kerajaan menafikan hak peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, situasi itu berlaku disebabkan mereka ‘terpaksa berkongsi elaun diterima dengan rakyat’ yang memerlukan bantuan.

Sedangkan Anwar telah menjelaskan peruntukan kepada setiap parlimen bagi tujuan pembangunan tetap disalurkan hanya peruntukan tersebut tidak diserahkan kepada ahli parlimen pembangkang sahaja.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *