Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri Di Seri Perdana Tahun Ini – PM Anwar

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan bulan April 2024 di Putrajaya. Foto Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 2 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini.

“Sebaliknya, saya akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Hari Raya secara sederhana.

“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *