Fokus Proses Damai Antara Perbincangan PM Anwar-PM Manet

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet pada 14 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Perkembangan terkini isu sempadan antara Thailand dan Kemboja antara fokus perbincangan menerusi panggilan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet hari ini.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar menyatakan penghargaan terhadap pendekatan matang yang diambil Kemboja, yang terus memilih jalan damai serta memberi keutamaan pada penyelesaian melalui perundingan dan dialog yang sihat.

“Malaysia tentunya mendukung sepenuhnya pendirian Kemboja untuk menggunakan saluran yang telah dipersetujui bersama sebelum ini serta menyemangati Perjanjian Damai Kuala Lumpur bertarikh 26 Oktober 2025, sebagai landasan untuk menamatkan pertikaian yang berlarutan.

“Prinsip ini penting bagi memastikan sebarang perbedaan didepani dengan tenang, tersusun dan berasaskan persefahaman serantau,” ujarnya dalam kemaskini di laman sosial beliau hari ini.

Anwar menambah, sebagai negara yang komited kepada keamanan serantau, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan bertanggungjawab.

Ia dalam membantu kedua-dua negara sahabat mencapai penyelesaian berkekalan serta menyumbang pada pengukuhan kestabilan di rantau ini.

Terdahulu pada Selasa, Anwar berbincang bersama Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bagi meneruskan langkah-langkah yang sedang diambil bagi mengurangkan ketegangan di sempadann kedua-dua negara berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *