Filipina Nasihat Penduduk Jauhi Pantai Susulan Gempa Bumi Taiwan

Amaran tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa Filipina pada jam 8.42 pagi tadi.

MANILA, 3 Apr – Filipina mengeluarkan amaran tsunami dan memindahkan penduduk di tepi pantai, ekoran gempa kuat di Taiwan pagi ini.

“Penduduk di pinggir pantai dinasihatkan pergi ke kawasan tinggi atau berpindah sementara jauh dari pantai.

“Pemilik bot di pelabuhan dan kawasan cetek wajar meninggalkan tempat mereka.

“Kapal yang sudah berada di laut mestilah menjauhi pantai dan kekal di kawasan laut dalam hingga nasihat baru dikeluarkan,” kata agensi gempa negara itu.

Katanya, kawasan pantai itu di 23 wilayah dari utara hingga selatan, dijangka dilanda ombak besar.

Ombak mungkin bukan yang terbesar tetapi berlaku beberapa jam bermula 0033 GMT.

Amaran tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa Filipina pada jam 8.42 pagi tadi.

Gempa berukuran 7.4 menggegar kepulauan Taiwan dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di Jepun, Korea Selatan dan Filipina beberapa minit selepas gempa pertama pada jam 8.30 pagi waktu Taipei. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *