Lapor Akaun Media Sosial Salah Guna Nama Agong, Raja Permaisuri

Tangkap layar akaun media sosial palsu menggunakan nama dan foto Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang dikongsikan Baginda. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atau Keluarga DiRaja Johor.

Menurut hantaran dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.

Dalam hantaran itu, turut disertakan satu tangkap layar akaun Facebook atas nama ‘Ibrahim Ibni Allmarhumm’ yang disahkan sebagai akaun palsu dan menyamar menggunakan identiti Yang di-Pertuan Agong.

Orang ramai juga dinasihat tidak menyebarkan akaun berkenaan selain merujuk kepada akaun rasmi Yang di-Pertuan Agong sepanjang masa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *