Agong Berkenan Menerima Mengadap PM Anwar Di Johor Bahru

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 30 Disember 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 30 Dis – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah, pertemuan dengan Anwar berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini pagi ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 30 Disember 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan perkembangan semasa negara,” menurut hantaran itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan secara lazimnya akan mengadap Sultan Ibrahim sebelum mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada setiap Rabu di Putrajaya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menerima mengadap Anwar di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 16 Disember lalu.

Dalam hantaran berasingan, Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil.

Masjid berkenaan dibina hasil peninggalan wang anakanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015.

“Masjid yang dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah,” kata hantaran itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *