Exco Pas Kedah Kena Kecam Hina Rakyat Sabah Isu ‘Roti Gardenia’

Exco Pas Kedah dikecam netizen terutama rakyat Sabah yang melihat ucapannya menghina rakyat negeri itu pada 12 November 2025.

ALOR SETAR, 13 Nov – Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata undi boleh melayang.

Itulah perumpaan terbaik buat Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mansor Zakaria di sidang DUN semalam yang didakwa menghina rakyat Sabah sempena kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Dalam video tular di media sosial, Mansor secara ‘berseloroh’ berkata: “Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja.”

Ungkapan itu mungkin merujuk kecenderungan orang Sabah dan Sarawak yang pulang dari Semenanjung untuk ‘memborong’ produk roti keluaran Gardenia terutama di lapangan terbang.

Mansor mengungkapkan kenyataan itu ketika menjawab kritikan terhadap kerajaan Kedah berhubung isu kenaikan cukai taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ucapannya itu mengundang kecaman pelbagai pihak di Sabah, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang turut menuai kecaman netizen terutama rakyat Sabah.

Menerusi beberapa komen di laman Facebook, rata-rata netizen mengecam kenyataan kurang ajar Adun Kuala Ketil itu.

“Menteri apa cakap begini, rendah betul pandangan dia terhadap org Sabah ingat kami makan roti Gardenia saja ka beras bukit mahal ba …. Good byeSayonara….. Adios Amigos,” tulis Shamsurey Sham.

Manakala Lela Manja pula mengecam Mansor dengan menulis “Dia ndak (tidak) tau kali byk org sabah sdh mencipta nama d mendunia….dia beruk br (baru) keluar dari kali….mgkn (mungkin) tiada pelajaran dia ni,” tulisnya.

Kemarahan Juriah Gabriel pula dizahirkan dengan tulisan “Dengarrrrr kamu orang2 Sabah.. Harga undi kamu hanya sama nilai dengan roti saja..
Fikir2 la bila masa mengundi,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *