Baik Dengan Semua Negara Jadi Kunci Kejayaan Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 8 Nov – Jalinan hubungan baik bersama negara lain dan negeri adalah kunci untuk memperkasakan ekonomi Malaysia sehingga ke tahap sekarang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang berjaya dicapai oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 baru-baru ini diakui menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita mesti ingat, baru-baru ini kita ada ASEAN. Kita boleh selesaikan rundingan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada hari Ahad. Hari Isnin, kita boleh duduk dengan Premier Li Qiang dari China.

“Asasnya fokus kita apa? Negara yang aman, mesra dengan semua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Orang marah saya sebab terlalu baik dengan China, marah baik dengan AS. Mereka marah saya tidak peduli. Marah atau tidak marah, saya mahu jaga negara ini supaya Malaysia menjadi negara besar.

“Kalau kita mahu berjaya dalam ekonomi, kita kena berkawan dengan semua (walaupun) bukan kita setuju semua (perkara).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tapi apa yang kita sepakat? Apa yang kita fokus? Selamatkan negara ini. Kita sudah rugi banyak tahun, gaduh, politik tidak habis-habis, rugi. Mahu Semenanjung gaduh-gaduh tapi siapa yang untung? Maka kita mahu tolong rakyat itu fokus kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Ramah Mesra PM Bersama Persatuan Industri Sabah bertempat di The Magellan Sutera, di sini, malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya Sabah harus dikekalkan kerana memerlukan antara satu sama lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tidak mahu politik gaduh dan lupa bahawa fokus kita adalah untuk menyokong semua negeri. Kita perlu Sabah dan Sabah perlu kerajaan Persekutuan.

“Mahu bergaduh boleh. Orang atas bergaduh, orang bawah yang susah. Mahu gaduh dengan saya sebab apa?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya bukan mahu curi balak Sabah. Tanya Hajiji, ada saya minta kayu balak? Tidak ada. Ada saya minta tanah? Tidak ada. Ada saya minta kontrak? Tidak ada. Saya mahu berkhidmat untuk negara ini.

“Kita bekerja bersama. Pakatan Harapan (PH) kita pun tidak bertanding banyak kerusi (untuk Pilihan Raya Negeri ke-17). Anda mahu pilih siapa? Pilih orang yang bawa kerjasama dengan kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di The Magellan Sutera, Kota Kinabalu pada 8 November 2025. Foto Dato Sri Hj Rahim

“Pilih orang di Sabah supaya bersama-sama bekerja bersama kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi di Sabah,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *