Empat Hilang Bot Karam Di Kapit

Bomba terpaksa menangguhkan operasi mencari dan menyelamat atas faktor keselamatan dan akan disambung semula esok. Foto Facebook
KAPIT, 7 Mac – Empat dilapor hilang dalam kejadian bot karam berhampiran Sekolah Kebangsaan Lepong, di Sungai Batang Baleh, Kapit, petang tadi.
Ketua Balai Bomba Kapit Timothy Barat, berkata dalam kejadian pada 5 petang itu melibatkan bot berkuasa tinggi.
Katanya, bot dinaiki lima penumpang itu menyaksikan seorang daripadanya, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan orang awam.
“Empat mangsa yang masih hilang dikenali Iskandar Ibrahim, Jonthan Lambet, Amerson John Nain, dan Jack Balan,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kapit dikerah ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima makluman berhubung insiden, pada 5.24 petang.
“Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan usaha SAR menggunakan teknik pencarian secara permukaan dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata atas faktor keselamatan operasi SAR ditangguhkan pada 6.50 petang dan akan disambung esok.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
