Ebit Ajak Tukar Pasangan Untuk Lakukan Hubungan Intim – Saksi

Ebit hadir pada perbicaraan gangguan seksual di Mahkamah Tenom. Foto Siti Maisarah

TENOM, 14 Feb – Saksi kesembilan memberitahu mahkamah bahawa pendakwah terkenal, Ebit Lew mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Saksi kesembilan yang juga pengadu dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, memberitahu perkara itu semasa menjelaskan tentang tangkap layar teks WhatsApp yang diterimanya dalam sesi pemeriksaan utama di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Terdahulu pada perbicaraan semalam, pengadu memberitahu Ebit pertama kali mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp.

“Tetapi saya tidak sempat menyimpan tangkap layar (gambar dihantar menerusi aplikasi WhatsApp) kerana Ebit Lew telah memadam gambar tersebut,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Ebit hadir pada perbicaraan gangguan seksual di Mahkamah Tenom. Foto Siti Maisarah

Terdahulu wanita itu memberitahu mahkamah dalam perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bahawa beliau telah menghubungi Ebit Lew melalui aplikasi Instagram, bagi meminta nasihat berhubung masalah kekeluargaan pada 4 Mac 2021.

Saksi berkata, melalui aplikasi Instagram itu, Ebit Lew telah meminta nombor telefonnya pada tarikh yang sama dan sejak itu wanita tersebut sentiasa menerima panggilan dari tertuduh antara Mac hingga Jun 2021 melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, Ebit Lew sekali lagi membuat panggilan video pada 29 Mac 2021 dan memperlihatkan alat sulitnya, dan ketika itu saksi sempat menangkap gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya sebagai bukti, kerana suami saksi pada mulanya tidak percaya Ebit Lew berkelakuan seperti itu.

Wanita itu berkata, pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021, tertuduh juga memaksa saksi menjawab panggilan video dan memperlihatkan kemaluannya sehingga wanita itu menyekat nombor telefon Ebit Lew di aplikasi WhatsApp.

“Saya ada blok (sekat panggilan) pada awal April, tetapi Ebit Lew ada membuat panggilan dari Instagram saya, selepas itu saya unblock beliau di WhatsApp, tetapi Ebit Lew tetap (berkelakuan) sama,” katanya.

Saksi mendakwa tertuduh juga pernah meminta beliau melakukan perbuatan bertukar pasangan, yang mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *