‘Duit Raya’ RM7 Dua Beradik ‘Dibalas’ iPad, Barang Sekolah Daripada PM Anwar

Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni teruja menerima duit raya dan iPad daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan Abdul Kahar di rumah mereka di Kampung Paya, Kuala Terengganu pada 14 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Apr – ‘Duit raya’ RM7 yang diberikan dua beradik, Aesha Khadeejah Anuar, 10, dan adiknya, Uwais Al Qarni, 8, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Nerus semalam, rupanya menjadi kejutan tak terduga apabila dihadiakan berupa duit raya dan peranti iPad daripada pemimpin nombor satu negara tersebut, hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menerusi Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif, turut menyampaikan kelengkapan sekolah dan senaskhah al-Quran yang disifatkan memberi pedoman dunia dan akhirat buat dua beradik berkenaan.

Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni teruja menerima duit raya dan iPad daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan Abdul Kahar di rumah mereka di Kampung Paya, Kuala Terengganu pada 14 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Keikhlasan Uwais dan Aesha yang menghulurkan duit raya kepada saya semalam benar-benar meruntun jiwa.

“Hari ini, saya mengarahkan pasukan untuk turun menyantuni anak-anak ini serta keluarga mereka, sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan yang tidak ternilai.

Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni teruja menerima duit raya dan iPad daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan Abdul Kahar di rumah mereka di Kampung Paya, Kuala Terengganu pada 14 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sumbangan kecil ini bukan sekadar hadiah, sebaliknya tanda kasih dan dorongan agar mereka terus tekun menuntut ilmu, membina masa depan yang lebih baik, dan kelak menjadi kebanggaan keluarga serta negara,” ujar Anwar.

Perkongsian video di media sosial Perdana Menteri juga tidak kurang meriahnya apabila warganet terharu dengan keikhlasan dua anak kecil itu yang menghargai kehadiran Anwar dengan pemberian duit raya berkenaan.

Terdahulu, ibu kepada dua kanak-kanak itu, Liza Fadzilah Abdul Hamid, 49, berkata, pada mulanya, kereta dinaiki mereka telah terserempak dengan kenderaan dinaiki Anwar yang dalam perjalanan ke LTSM dari Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

“Anak-anak (Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni) begitu teruja apabila dimaklumkan kenderaan yang melepasi kami itu dinaiki Perdana Menteri (Anwar).

Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni teruja menerima duit raya dan iPad daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan Abdul Kahar di rumah mereka di Kampung Paya, Kuala Terengganu pada 14 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mereka teringin bertentang mata dengan Perdana Menteri. Bagi tidak menghampakan dua anak saya itu, saya memandu ke LTSM untuk mencuba nasib memenui hasrat tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Paya di sini hari ini.

Namun mereka tidak menyangka laungan kepada Perdana Menteri bagi mengucapkan selamat hari raya bertukar ceria apabila Anwar terus ke kawasan pagar dan menerima duit raya daripada dua beradik itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *