Dua MoU Kerjasama Telekomunikasi, Media Perkukuh Hubungan Malaysia-Timor Leste

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu menandatangani MoU memperkukuh kerjasama telekomunikasi dan media di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste hari ini terus diperkukuh menerusi pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU) penting, menandakan komitmen baharu untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang telekomunikasi dan media.

MOU berkenaan ditandatangani Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mewakili Malaysia manakala Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu serta Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial, Expedito Loro Dias Ximenes mewakil negara mereka.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste serta Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial, pemeteraian MOU tersebut merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan persahabatan erat dan kepercayaan bersama antara kedua-dua negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu menandatangani MoU memperkukuh kerjasama telekomunikasi dan media di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Malaysia turut menjadi antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Timor-Leste pada 2002.

“Kedua-dua negara menegaskan semula komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dua hala dan mempertingkat hubungan antara rakyat.

“Malaysia dan Timor-Leste juga berhasrat untuk terus bekerjasama ke arah pembentukan rantau Asia Tenggara yang lebih saling berhubung, berdaya tahan dan berpandangan jauh,” kata kenyataan itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu menandatangani MoU memperkukuh kerjasama telekomunikasi dan media di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Ia berkata MOU pertama mengenai kerjasama telekomunikasi dimeterai antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pengangkutan serta Komunikasi Timor-Leste.

Perjanjian tersebut menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi, meningkatkan kesalinghubungan digital serta memupuk perkongsian kepakaran teknikal demi manfaat kedua-dua negara.

Sementara itu, MOU kedua mengenai pembangunan maklumat dan media dimeterai antara Kementerian Komunikasi dan Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, bertujuan menggalakkan kerjasama profesional melalui pertukaran maklumat, perkongsian berita serta program pembangunan kapasiti untuk pengamal media.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu menandatangani MoU memperkukuh kerjasama telekomunikasi dan media di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Terdahulu hari ini, Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di Timor-Leste kini boleh menikmati perkhidmatan perayauan data tanpa gangguan pada kadar mampu milik, susulan kejayaan pengaktifan perkhidmatan itu oleh syarikat telekomunikasi utama negara tersebut bulan ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mulai 17 Oktober lalu, CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile berjaya mengaktifkan perkhidmatan perayauan data di Timor-Leste, manakala YTL Communications memulakan perkhidmatannya pada 24 Oktober.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *