Dua Lelaki Ditahan Cuba Seludup Keluar 241 Warga Asing

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki berumur 38 dan 63 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar warga asing tersebut ke Indonesia. Foto Bernama

BAGAN DATUK, 28 DisPolis menahan dua lelaki tempatan dan 60 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki berumur 38 dan 63 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar warga asing tersebut ke Indonesia.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.45 pagi tadi daripada orang awam mengenai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan terkandas di Bagan Sungai Tiang Darat, Selekoh dengan muatan dipercayai warga asing.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dibantu Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Bidor serta Pasukan Polis Marin Kampung Acheh bergerak ke lokasi bot itu, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kehadiran warga asing, katanya.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran dengan tempat kejadian telah menemukan 40 orang lelaki dan 20 wanita dipercayai warganegara Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 64 tahun.

“Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia namun tersadai akibat kerosakan enjin,” katanya.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki berumur 38 dan 63 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar warga asing tersebut ke Indonesia. Foto Bernama

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6 [1] (C) Akta Imigresen 1959/63.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang berterusan antara masyarakat dengan agensi penguatkuasaan khususnya Polis Diraja Malaysia.

“Justeru, orang ramai diseru untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *