Masters China: Juara Beregu Dunia Lepasi Halangan Ke Separuh Akhir

Tang Jie-Ee Wei kekal tenang dalam saat genting untuk menoktahkan kemenangan ke atas pasangan Hong Kong dalam tempoh 61 minit permainan di Shenzen Arena pada 19 September 2025. Foto BAM
SHENZEN, 19 Sep – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang sebagai juara dunia apabila mara ke separuh akhir China Masters 2025 selepas menundukkan gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di Shenzhen Arena, di sini sebentar tadi.
Pilihan ketiga kejohanan bermula baik dengan kemenangan 21-12 pada set pertama, namun dikejutkan lawan apabila tewas 12-21 di set kedua sekali gus memaksa perlawanan diheret ke aksi penentuan.
Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun kekal tenang dalam saat genting untuk menoktahkan kemenangan 21-17 dalam tempoh 61 minit permainan.

China Masters kali ini merupakan kejohanan sulung buat Tang Jie-Ee Wei selepas menjulang kejuaraan dunia di Paris bulan lalu, menjadikan kejayaan ke separuh akhir ini satu lagi langkah penting dalam misi memburu gelaran.
Mereka akan bertemu salah satu pasangan beregu campuran dari negara tuan rumah yang sedang membuat perhitungan sesama sendiri di gelanggang 1 sekarang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
