Dr Wan Azizah Salur Sumbangan Tahun Baharu Cina Kepada 1,100 Penduduk

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama Datuk Azman Abidin pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina Komuniti Kuala Lumpur dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Seramai 1,100 penduduk Cina di Bandar Tun Razak menerima sumbangan wang tunai bernilai RM100 berserta sekotak limau Mandarin, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).
Jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, acara tahunan bersama DBKL itu diharap sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban penerima dan menambahkan keceriaan sambutan perayaan tersebut pada hujung minggu ini.
“Kita cuba untuk meringankan beban rakyat kita bersama, kerana kalau menjadi wakil rakyat itu, kita mesti cuba menyelesaikan masalah walaupun banyak.
“Kebajikan rakyat itu adalah perkara penting apabila kita bergelar pemimpin, apatah lagi kita sudah mendapat mandat daripada mereka,” ujar Dr. Wan Azizah kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina Komuniti Kuala Lumpur dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merangkap Ketua KEADILAN Cabang Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin.
Terdahulu, Wan Azizah dalam ucapannya berkata Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak akan terus melaksanakan usaha membantu semua komuniti di kawasan tersebut.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
