‘Li Chun’ Tanda Masyarakat Cina Malaysia Yang Bersemangat Kental Menghadapi Masa Depan

Andre Lai berkata pengamal feng shui percaya Li Chun merupakan hari yang paling baik untuk menentukkan lokasi pergerakan arus kosmik (qi) sepanjang tahun akan datang. Foto X Andre Lai

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Setiap tahun, Li Chun disambut oleh diaspora Cina seluruh dunia untuk menyantuni kehadiran musim bunga. Dalam Bahasa Cina, tahun baru dikenali dengan ‘chun jie’ ataupun Perayaan Tahun Baru Musim Bunga (Spring Festival).

Li Chun mengikuti kalendar berdasarkan pergerakan matahari, berbezakan dengan dengan kalendar bulan. Dalam pengiraan Cina purba, kalendar lunar terdiri daripada 24 penggal apabila kedudukan matahari mencecah longitud cakerawala 315°.

Li Chun adalah hari yang sangat istimewa bagi masyarakat Cina, kerana ia melambangkan pembaharuan kehidupan dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Oleh itu, pengamal feng shui percaya Li Chun merupakan hari yang paling baik untuk menentukkan lokasi pergerakan arus kosmik (qi) sepanjang tahun akan datang.

Andre Lai berkata pengamal feng shui percaya Li Chun merupakan hari yang paling baik untuk menentukkan lokasi pergerakan arus kosmik (qi) sepanjang tahun akan datang. Foto X Andre Lai

Meskipun sambutan datang dari China, namun Li Chun di Malaysia lebih dipandang penting berbanding dengan negara lain. Pada hari yang baik ini, terdapat beberapa kepercayaan yang diikuti oleh masyarakat Cina Malaysia untuk mempelawa keberkatan.

Sesetengah daripada mungkin mendepositkan wang ke dalam akaun bank kita pada jam tertentu, mengikut tanda zodiak binatang masing-masing. Ada yang mungkin memakai warna tertentu yang sesuai dengan horoskop.

Pada hari ini juga, masyarakat Cina percaya nasib baik yang menyusul dengan menyantap ‘spring roll’ atau popia dan menyeimbangkan telur di atas permukaan rata. Dipercayai pada hari ini, kedudukan telur berdiri dengan menegak akibat tarikan graviti kedudukan matahari dan Bumi.

Ritual ini mungkin atas kepercayaan masing-masing, tetapi ia adalah cara masyarakat Malaysia menunjukkan rasa syukur kita untuk tahun yang lalu dan rasa optimis kita untuk tahun yang baru.

Ia adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita kepada satu sama lain, dan untuk mengukuhkan hubungan kita. Ia adalah hari untuk mengucapkan kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan kepada satu sama lain.

Semangat ini, sebenarnya mencerminkan kental masyarakat Cina di Malaysia untuk menghadapi segala cabaran. Ia adalah hari untuk merayakan perpaduan dan kepelbagaian kita sebagai rakyat Malaysia.

Masyarakat Cina yang telah sebati dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia sentiasa dalam pembaharuan untuk mendapatkan yang terbaik untuk mereka tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan mahupun latar belakang kepercayaan.

KEADILAN Wangsa Maju dalam program jelajah Tahun Baru Cina dengan agihan kertas berkat chunlian dan acara ’lousang’ bersama komuniti setempat, saya pada hari Li Chun telah memuatnaik video ucapan sambutan Tahun Baru Cina.

https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo

Semoga Tahun Naga membawa Malaysia Madani penuh kelimpahan rahmat dan berkat!


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *