Dr Hafidzah Letak Empat Perkara Asas Perkasa DUN Kota Lama

ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim (bertudung merah jambu) meraikan pelajar tahfiz dalam program Sarapan Pagi di Kota Bharu pada Sabtu selain menyampaikan ucapan perasmian anjuran Alumni 4B Kota Bharu.

KOTA BHARU, 1 Jun – Hampir 500 orang hadir pada program jamuan pagi bersama anak yatim dari Pusat Tahfiz Lundang termasuk penerima bakul makanan golongan asnaf anjuran Alumni 4B (A4B) di sini hari ini.

Penyelaras A4B Kota Bharu, Che Mansor Adabi Che Hassan dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang makan minum kepada majlis serba ringkas ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Dr Hafidzah Mustakim ADUN Kota Lama kerana sudi merasmikan dan menyantuni anak anak yatim dan tetamu yang hadir.

ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim (bertudung merah jambu) hadir menyantuni pelajar tahfiz dalam program Sarapan Pagi di Kota Bharu pada Sabtu sambil menyerahkan bakul makanan kepada penduduk sekitar.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Alumni 4B Kota Bharu, wakil Pejabat Penerangan Negeri Kelantan, Pengurusan Pusat Tahfiz Lundang dan warga jemputan sudi memeriahkan program ini.

Terdahulu pada masa sama Dr Hafidzah dalam ucapan perasmian menyentuh empat perkara asas yang penting untuk dititik beratkan dalam kajian selidik bagi memperkasa DUN ini iaitu sosio ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.

“Sosial ekonomi pula begitu penting kerana ekonomi yang kukuh dan stabil akan menjadikan rakyat maju dan hidup selesa walaupun berlaku peningkatan kos sara hidup.

ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim (bertudung merah jambu) meraikan pelajar tahfiz dalam program Sarapan Pagi di Kota Bharu pada Sabtu selain menyampaikan ucapan perasmian anjuran Alumni 4B Kota Bharu.

“Pendidikan juga harus diambil berat walaupun pendidikan tidak formal seperti program pendidikan berkenaan dengan kesihatan mental seperti mana berlaku baru-baru ini ramai terjun jambatan kerana mental terganggu dan tidak stabil.

“Soal kesihatan perlu dititik berat berkenaan jangkitan penyakit dan cara pencegahannya daripada terus menular atau merebak dengan cepat,” katanya.

Beliau menambah perkara asas yang disebut begitu penting kepada rakyat jelata amnya tanpa mengira fahaman politik iaitu bekalan air bersih, isu longkang tersumbat dan jalan raya yang tidak diturap yang sering diadukan dan sedang diambil tindakan sewajarnya menerusi pelbagai bantuan daripada Kerajaan MADANI.

Dr Hafidzah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sentiasa turun padang dan membantu Kerajaan Negeri Kelantan dengan jumlah peruntukan yang cukup besar bagi manfaat rakyat negeri ini tanpa mengira fahaman politik atau status sosio ekonomi mereka.

Untuk rekod, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang antarabangsa juga merupakan inisiatif terbesar Kerajaan MADANI bagi manfaat rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *