Mustapha, Peto Terajui Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud (tengah) dan Peto Galim (kanan) menerajui KEADILAN negeri bagi menghadapi PRN ke-17 tahun depan.

KOTA KINABALU, 1 Jun – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah Datuk Mustapha Sakmud dan timbalannya Peto Galim telah diumumkan untuk mengetuai persiapan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka tahun depan.

Dalam rombakan kepimpinan KEADILAN negeri yang disiarkan hari ini, Mustapha yang juga Ketua Cabang Kota Belud dinamakan sebagai Pengarah Strategi dan Peto yang juga ADUN Inanam sebagai Pengarah Pilihan Raya (Jabatan Pilihan Raya Negeri – JPRN) iaitu mengetuai jawatankuasa pilihan raya negeri.

Kenyataan media penyusunan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah yang diumumkan Razeef Rakimin selaku Ketua Penerangan Negeri.

Mustapha, yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, dilantik sebagai pengerusi negeri pada 26 Mei lalu menggantikan Datuk Sangkar Rasam, yang dinamakan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri merangkap Ketua Cabang Tuaran, Razeef Rakimin berkata tiga Ketua Cabang dinamakan sebagai naib-naib pengerusi 1, 2 dan 3.

Mereka ialah Azmi Datu Tamboyong (Ketua Cabang Kinabatangan), Roslan Sapar (Ketua Cabang Kalabakan) dan Raymond Ahuar (Ketua Cabang Pensiangan).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud (tengah) dan Peto Galim (kanan) menerajui KEADILAN negeri bagi menghadapi PRN ke-17 tahun depan.

Sementara Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah dilantik sebagai Setiausaha MPN dengan Thonny Chee sebagai timbalannya; Abdul Razak Jamil pula selaku Bendahari dan juga Ketua Cabang Semporna, Mohd Amin Abdul Mem dilantik Pengarah Komunikasi baharu.

Selain itu Ketua Cabang Sipitang Wendey Agong Baruh dilantik Setiausaha Pengelola dengan Remysta Taylor sebagai timbalannya manakala Milus Alu pula dipilih timbalan ketua penerangan.

Lantikan lain akan dimaklumkan kemudian kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih kepada Sangkar serta seluruh jawatankuasa MPN sebelum ini sekaligus ucapan tahniah kerana dilantik menjadi ahli MPP yang baharu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *