Didakwa Cabul Murid Perempuan, Polis Cekup Suspek Lelaki

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan seorang suspek lelaki berusiaa 28 tahun pada 10.30 malam 21 Mei 2026 bagi membantu siasatan.
JOHOR BAHRU, 22 Mei – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cabul membabitkan seorang murid di kawasan Seri Alam, dekat sini yang tular di media sosial, semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya mengesan hantaran dimuat naik menerusi Facebook oleh akaun ‘Mohd Fadli Salleh’ berkaitan kejadian itu.
Menurutnya, susulan hantaran tular berkenaan, polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 37 tahun pada 9 malam.

“Pengadu memaklumkan kejadian cabul itu berlaku pada 2025 di kawasan Seri Alam, Johor.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan seorang suspek lelaki berusia 28 tahun pada 10.30 malam tadi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,
Katanya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan komen yang boleh mengganggu proses siasatan.
Mohd Fadli dalam hantarannya di Facebook yang tular sejak semalam itu mendakwa kejadian terbabit berlaku pada September tahun lalu membabit seorang guru dan murid perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

