GSF: Aktivis Flotila Tiba Di Istanbul Selepas Bebas Dari Rejim Isra*l

Aktivis GSF selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul jam 5.37 petang waktu tempatan selepas dibebaskan rejim Zionis Israel.

ISTANBUL, 21 Mei – Kumpulan pertama aktivis Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 ke Gaza mula tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Khamis selepas ditahan rejim Israel kira-kira 48 jam.

Memetik laporan AFP, seramai 422 aktivis termasuk 85 warga Turkiye dibawa pulang menggunakan tiga pesawat sewa khas yang diuruskan Ankara.

Sekumpulan aktivis dilihat berada di terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul, ketika orang ramai yang membawa bendera Palestin berkumpul bagi menyambut ketibaan mereka.

Aktivis GSF selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul jam 5.37 petang waktu tempatan selepas dibebaskan rejim Zionis Israel.

Kesemua aktivis terbabit merupakan sebahagian daripada 50 kapal yang berlayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Proses penghantaran pulang mereka berlaku sehari selepas rakaman penahanan mereka tular di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan sebelum ini berkata Ankara mengatur penerbangan khas bagi membawa pulang semua aktivis terbabit.

Tangkap layar video aktivis GSF 2.0 dan FFC dilayan kasar oleh tentera rejim Zionis Israel pada 20 Mei 2026.

Sebelum ini Israel mengesahkan semua aktivis flotila itu telah dihantar pulang dari Lapangan Terbang Ramon berhampiran Eilat. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *