Kerajaan Jamin SSPA Terbaik Pernah Diperkenalkan Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan 2,400 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Putrajaya hari ini. Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka diumumkan dalam waktu terdekat dijamin yang terbaik pernah diperkenalkan di dalam negara.

Berucap di hadapan 2,400 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) pada sesi Townhall Lebaran Aidilfitri PTTD Bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim itu juga membabitkan implikasi kewangan tertinggi.

“Ini bukan masalah saudara, masalah kita semua untuk cari dana, tetapi masalah Menteri Kewangan… Saya akan berunding dengan Menteri Kewangan,” katanya dalam nada berseloroh pada Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan 2,400 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Putrajaya hari ini. Foto RTM

Ujar beliau, kerajaan pimpinannya tidak pernah menganggap kajian SSPA sebagai suatu perkara ringan yang boleh dipandang enteng.

“Tidak benar kalau kata kita tidak beri perhatian (kerana) di dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) saya tekankan tidak mahu ada kelompok yang tersisih.

“Kita mahu ambil tindakan SSPA secara menyeluruh dan dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam,” katanya.

Insiatif Kerajaan MADANI ini akan memanfaatkan kira-kira 1.5 juta penjawat awam pelbagai peringkat dalam satu transformasi yang belum pernah dilakukan mana-mana pentadbiran perdana menteri sebelum ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *