Dewan Perwakilan Rakyat Makassar Dibakar, Tiga Maut

Penunjuk perasaan nekad membakar DPRD Makassar susulan rusuhan tercetus di Jakarta membunuh ojek Affan Kurniawan pada 29 Ogos 2025. Foto AFP
JAKARTA, 30 Ogos – Rusuhan besar-besaran seluruh Indonesia menyaksikan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DRPD) Makassar dibakar oleh penunjuk perasaan dalam rusuhan yang meragut tiga nyawa dan mencederakan lima orang, lapor portal berita CNBC Indonesia.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.45 malam waktu tempatan (11.45 malam waktu Malaysia) semalam ketika dewan tersebut sedang mengadakan mesyuarat paripuna.
Mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa ahli dewan dan Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin.

Pemangku Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Makassar, M. Fadhli Tahar mengesahkan seramai tiga orang terbunuh, manakala lima lagi cedera parah.
“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di hospital, manakala seorang lagi maut di lokasi kejadian.
“Mangsa yang cedera sedang menjalani rawatan intensif di hospital berdekatan,” katanya.
Penunjuk perasaan berhimpun dan membakar DRPD untuk membantah kematian penunggang teksi motosikal, Affan Kurniawan akibat dilanggar kenderaan taktikal polis kelmarin.
Mereka turut bertindak ganas dengan merosakkan pos polis, membakar kenderaan awam serta bangunan DPRD.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

