Dasar Ekonomi Jelas, Infrastruktur Strategik Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Serantau – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BEIJING, 2 Sep – Lebih 120 syarikat dan konglomerat utama China menyatakan keyakinan terhadap potensi kerjasama dengan Malaysia, sekali gus mencerminkan hubungan dua hala yang semakin kukuh antara kedua-dua negara.

Perkara itu dizahirkan dalam Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia–China yang berlangsung di Beijing petang tadi dengan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Malaysia komited memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi peluasan kerjasama perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam sektor berimpak tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sehubungan itu, dasar ekonomi jelas dan projek infrastruktur strategik juga telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab utama perniagaan dan pelaburan di rantau ini.

Beliau berkata, persekitaran stabil negara telah mewujudkan keyakinan dalam kalangan pelabur antarabangsa, khususnya konglomerat China.

Selain itu, hubungan rapat antara Kuala Lumpur dan Beijing juga merupakan faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bagi syarikat China, kata Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia khususnya sangat stabil. Tetapi apa yang juga penting, kami mempunyai dasar ekonomi yang sangat jelas.

“Kami sentiasa komited untuk membantu memudahkan perniagaan, keutamaan ini telah diberi penekanan utama,” ujarnya.

Untuk ke hadapan, Malaysia telah mewujudkan strategi komprehensif dalam sektor pertumbuhan kritikal, termasuk pelan pembangunan semikonduktor, pelan hala tuju kecerdasan buatan (AI) dan pelan induk perindustrian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengenai peralihan tenaga, Perdana Menteri berkata, terdapat inisiatif berterusan untuk membangunkan Grid Kuasa ASEAN, menghubungkan Vietnam, Singapura, Sarawak dan Sabah bagi mengukuhkan rangkaian tenaga boleh baharu rantau ini.

Beliau menegaskan tenaga bersih dan alternatif akan kekal sebagai teras kepada dasar ekonomi Malaysia.

Mengenai ketersambungan, Perdana Menteri berkata, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memacu ketersambungan serantau, menjadikannya sebagai pemacu utama pertumbuhan masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sistem kereta api itu yang menghubungkan kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar, mewujudkan ekosistem bagi industri baharu dan komuniti.

“Disebabkan kejayaan projek itu, kami kini bersetuju dan saya akan berbincang dengan Presiden (Xi Jinping) dan Perdana Menteri (Li Qiang) untuk melanjutkannya ke sempadan Thailand,” ujarnya lagi.

Anwar berkata, hubungan kukuh Malaysia dengan China yang kini berada di peringkat Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) akan terus memacu pelaburan, perdagangan dan pembangunan tenaga kerja, yang memberi manfaat kepada kedua-dua ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 120 pemimpin syarikat dan konglomerat China semasa sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan Perdana Menteri berkata, pertemuan bersama pemimpin perniagaan itu menjadi platform untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi aspirasi dan visi terkait hal ekonomi dan perniagaan, seterusnya membuka ruang dan peluang untuk potensi pelaburan di Malaysia.

“Dalam ruang ini juga, saya tekankan dasar Kerajaan Madani yang jelas, melalui dokumen dasar berkaitan peralihan tenaga, semikonduktor dan perindustrian.

“Pastinya Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar untuk menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif dan menarik, seterusnya mengangkat reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” kata beliau – Bernama.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *