Dakwaan Lulus Kewarganegaraan Rakyat China Fitnah, Berniat Jahat – Saifuddin Nasution

Dakwaan kononnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi kewarganegaraan kepada rakyat China sesuka hati adalah fitnah dan berniat jahat yang sengaja dimainkan untuk membakar sentimen rakyat serta mengelirukan masyarakat. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, dakwaan kononnya beliau memberi kewarganegaraan kepada rakyat China sesuka hati adalah fitnah dan berniat jahat yang sengaja dimainkan untuk membakar sentimen rakyat serta mengelirukan masyarakat.

Tegas Menteri Dalam Negeri itu, proses kelulusan permohonan kewarganegaraan tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta tapisan keselamatan yang ketat dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.

“Sepanjang saya memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, saya telah menjelaskan fakta ini berserta data yang lengkap beberapa kali di Parlimen dan sesi bertemu media.

https://www.instagram.com/p/DYQqGRJTBSh/?igsh=b3c0MGF5Mmsxdzdl

“Namun poster berunsur fitnah dan berbaur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) ini muncul dan tular sekali lagi selepas penafian saya mengenai isu sama pada Mac tahun lepas,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif palsu dan sentiasa menyemak fakta daripada sumber sahih.

Saifuddin Nasution berkata, penyebaran fitnah dan berita tidak benar bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan negara.

“Saya menyeru pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita fitnah dan palsu ini menghentikan segera tindakan tidak bermoral itu dan bersama-sama menyokong usaha Kerajaan MADANI mendepani cabaran semasa termasuk isu krisis bekalan global yang memberi kesan kepada rakyat serta negara,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat serta mengutamakan kestabilan, perpaduan dan kesejahteraan negara.

“Ini bukan masa untuk menimbulkan keresahan, memainkan sentimen atau menambah beban rakyat dengan fitnah serta propaganda tidak berasas semasa rakyat sedang berhadapan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *