Cuba Bergelut Pulihkan Bekalan Elektrik Ke Seluruh Negara

Penduduk Havana bergelap selepas gangguan bekalan elektrik melanda hampir seluruh Cuba sejak 9 Januari 2026. Foto AFP

HAVANA, 17 Mac – Cuba sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat selepas gangguan bekalan berskala besar yang melanda hampir seluruh negara itu sekali gus menjejaskan jutaan penduduk.

Kerajaan memaklumkan setakat pagi Selasa, kira-kira dua pertiga kawasan sudah kembali mendapat bekalan setelah bergelut lebih 48 jam, namun punca gangguan masih belum dikenal pasti.

Hanya beberapa kawasan kembali pulih di ibu negara Havana yang mempunyai kira-kira 1.7 juta penduduk, manakala sebahagian lagi masih berdepan gangguan.

Penduduk Havana bergelap selepas gangguan bekalan elektrik melanda hampir seluruh Cuba sejak 9 Januari 2026. Foto AFP

Rata-rata penduduk bimbang gangguan berpanjangan akan menyebabkan makanan rosak, apatah lagi kos barangan kini semakin tinggi.

Krisis tenaga di negara pulau itu berpunca daripada sistem penjanaan elektrik yang uzur serta kekurangan bahan api untuk menjana tenaga berterusan.

Keadaan bertambah buruk susulan sekatan minyak oleh Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan bekalan bahan api, terutama selepas sekutu utama Cuba, Venezuela, tidak lagi dapat menyalurkan minyak.

A hotel remains lit by its own system during a blackout in Havana on March 16, 2026. Photo by ADALBERTO ROQUE / AFP

Sejak 9 Januari lalu, Cuba dilaporkan tidak menerima sebarang import minyak, sekali gus memberi kesan besar kepada sektor tenaga dan ekonomi negara.

Selain itu, syarikat penerbangan juga terpaksa mengurangkan penerbangan ke negara itu sekaligus menjejaskan sektor pelancongan yang menjadi antara sumber ekonomi utama.

Krisis yang melanda negara dengan kira-kira 9.6 juta penduduk itu berlaku ketika Washington meningkatkan tekanan terhadap Havana, termasuk desakan perubahan kepimpinan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *