PM Anwar, Bekas Ketua Umum Maqari’ Mesir Berdiskusi Projek Mushaf Malaysia MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat mantan Syeikh Umum Maqari' Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah, Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Ma’sarawi, di pejabatnya di Putrajaya pada 17 Mac 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 17 Mac – Kemajuan projek penerbitan Mushaf Malaysia MADANI yang dilancarkan semalam antara topik perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas (Ketua Umum) Syeikh Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad ‘Isa Ma’sarawi.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Perdana Menteri berkata beliau menerima kunjungan hormat Sheikh Dr Ahmad ‘Isa Ma’sarawi yang kini dalam rangka lawatan di Malaysia.

“Sheikh antara lain menzahirkan hasrat beliau untuk memperkenalkan mushaf hasil kerja anak Malaysia ini ke peringkat antarabangsa.
“Sumbangan dan jasa beliau dalam bidang qiraati dan semakan mushaf al-Quran amat dialu-alukan dan Kerajaan MADANI akan terus mendukung ikhtiar yang dilakukan dalam mengangkat kemuliaan dan mesej al-Quran,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak berkongsi keprihatinan tentang perkembangan dunia Islam, khususnya di Asia Barat yang memberikan dampak besar kepada masyarakat global.
Semalam, Perdana Menteri melancarkan Mushaf Malaysia MADANI dengan penekanan memperkembangkan fungsi Madinatul Al-Quran sebagai pusat pengajian serta penyelidikan al-Quran di rantau ini akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama Yayasan Restu dan pihak-pihak berkaitan.

Perdana Menteri berkata, pengembangan fungsi itu dilihat berpotensi menjadi projek ummah yang melibatkan penyertaan masyarakat Islam di dalam dan luar negara selain menjadi rujukan penting bagi mendalami ilmu Al-Quran.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
