TERKINI: PM Anwar Enggan Ulas Peletakan Jawatan Rafizi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 28 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk tidak mengulas lanjut desas-desus mengenai isu perletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Sebaliknya, Perdana Menteri ketika disoal media kemudian kembali bertanyakan kepada pihak media siapa yang memaklumkan perkara itu (isu perletakan jawatan Rafizi).
“Siapa bagitahu,” soal ringkas Anwar kepada kumpulan wartawan.
Rafizi sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden KEADILAN, namun selepas kekalahan, beliau menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang akan datang dijangka menjadi platform penting untuk menentukan hala tuju parti dan kedudukan pemimpin selepas pemilihan parti.
Terdahulu Rafizi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri.
“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan KEADILAN baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh KEADILAN menjadi program kerajaan,” katanya dalam kenyataan itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


