Kos Haji Kekal Beri Kelegaan Kepada Para Jemaah

Keputusan Lembaga Tabung Haji mengekalkan kos mengerjakan haji tahun ini amat melegakan bakal jemaah haji seperti diumumkan pada 18 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026 kekal pada RM33,300, amat melegakan para pendeposit dan bakal jemaah tahun ini.

Menerusi tinjauan mendapati, rata-rata mereka mengucapkan rasa syukur kerana kos mengerjakan haji tahun ini masih kekal

“Kira alhamdulillah walaupun harga minyak dah meningkat, diorang masih still maintain kos untuk para jemaah, untuk buat ibadah haji, alhamdulillah thank you very much untuk memaintainkan kos itu,” ujar Rosekartini Zainal Abidin.

Rosekartini Zainal Abidin mengucapkan syukur kerana kos mengerjakan haji masih kekal walaupun harga minyak telah meningkat.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustakim Mohamad berkata meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan.

Beliau berkata hal ini kerana perjanjian dengan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines telah pun dikunci lebih awal.

“Tabung Haji yakin kos haji tidak akan meningkat untuk 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada… ia telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan,” katanya.

Keputusan Lembaga Tabung Haji mengekalkan kos mengerjakan haji tahun ini amat melegakan bakal jemaah haji seperti diumumkan pada 18 Mac 2026.

Mustakim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata TH akan menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berterusan bagi jangka panjang dan memberi kesan kepada harga minyak dunia.

Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata menerusi rundingan dengan kedua-dua syarikat, harga penerbangan telah dipersetujui untuk tempoh tiga tahun sekali gus melindungi jemaah daripada impak langsung kenaikan harga minyak global.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *