Buruan Menantu Muhyiddin Masuki ‘Episod Baharu’

Muhammad Adlan Berhan (kiri) yang juga menantu Muhyiddin dan rakannya Mansoor Saat kini diburu pihak berkuasa termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) sejak notis merah dikeluarkan pada Oktober 2023.

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Buruan terhadap ahli perniagaan, Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memasuki episod baharu apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menerima permohonan pembatalan pasport antarabangsa hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, permohonan rasmi berhubung perkara itu diterima JIM semalam.

“Sudah terima,” katanya ringkas.

Menantu Muhyiddin, Muhammad Adlan Berhan masih tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa walaupun Interpol telah mengeluarkan notis merah. Foto SPRM

Bagaimanapun tempoh kuat kuasa pembatalan tidak didedahkan namun yang penting, individu berkenaan tidak lagi boleh menggunakan pasport yang telah dibatalkan.

Pada 7 Ogos 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengesan Muhammad Adlan dan seorang peguam, Mansoor Saat, 70, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Kedua-duanya dikenal pasti meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *