Amerika ‘Koyak’ Pada ‘Pemuji’ Pembunuhan Charlie Kirk

Pembunuhan Charlie Kirk mendapat ‘pujian’ warganet menyebabkan Amerika ‘koyak’ lantas mengancam akan mengambil tindakan. Foto Reuters
WASHINGTON, 12 Sep – Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) disifatkan ‘koyak’ lantas memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap warga asing yang memuji, mempertahan atau memperlekehkan pembunuhan aktivis konservatif terkenal, Charlie Kirk.
Timbalan Setiausaha Negara AS, Christopher Landau, berkata, pegawai konsular sudah diarahkan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengagung-agungkan keganasan dan kebencian.
“Saya amat jijik melihat ada segelintir individu di media sosial yang memuji atau mempertahankan pembunuhan ini.

“Justeru, pegawai konsular sudah diarahkan untuk mengambil tindakan yang sesuai,” katanya tanpa memperincikan bentuk tindakan yang bakal diambil.
Kirk, 31, seorang penulis, pengacara audio siar (podcast) dan sekutu rapat Presiden AS, Donald Trump, dibunuh dengan satu tembakan ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah universiti di Utah pada Rabu lalu, yang disifatkan sebagai satu pembunuhan kejam.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS mengulas pentadbiran itu juga tidak percaya bahawa AS harus memberikan visa kepada individu yang kehadirannya bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara.
Namun, jurucakap itu tidak menjawab sama ada mana-mana individu sudah dikenal pasti untuk tindakan pembatalan visa atau bagaimana proses penilaian terhadap mereka yang dilaporkan akan dijalankan.
Di Orem, Utah, penyiasat AS memaklumkan mereka menemui senapang ‘bolt-action‘ berkuasa tinggi yang dipercayai digunakan dalam serangan itu, serta mengedarkan imej suspek yang sedang diburu.
Senjata itu ditemui di kawasan hutan berdekatan dan kini sedang diperiksa bersama cap tapak tangan dan jejak kaki yang ditemui di lokasi.

Pesuruhjaya Keselamatan Awam Utah, Beau Mason, berkata suspek disyaki berumur dalam lingkungan usia pelajar kolej dan berpakaian seperti pelajar lain ketika berada di kampus.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

