Hasutan, Ugutan: Tiga Individu Berjaya Dicekup – PDRM

Pengguna Facebook bernama ‘Jibbie Sahaq’ antara yang ditahan berkaitan hasutan atau ugutan di media sosial yang ditahan PDRM pada 12 September 2025.

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu berusia selepas dipercayai terlibat dalam penularan video serta kenyataan berunsur hasutan dan ugutan jenayah di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ketiga-tiga kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Bukit Aman antara Isnin lalu hingga hari ini susulan laporan polis yang diterima.

“Kes pertama melibatkan akaun Facebook ‘Jibbie Sahaq’ yang memuat naik komen berunsur hasutan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam serta mengandungi ugutan jenayah terhadap pemimpin negara.

Imej tangkap layar seorang lelaki dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dilanda Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 11 September 2025.

“Seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki berusia 69 tahun yang dipercayai menyampaikan ucapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah dalam insiden di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, pada semalam.

Selain itu, katanya, kes berlainan melibatkan akaun Facebook ‘Ayien Rose’ yang memuat naik komen berbentuk ugutan jenayah terhadap pemimpin negara serta kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam.

“(Sehubungan itu,) seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan,” ujarnya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, ugutan jenayah atau sebarang bentuk provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan negara.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab menggunakan media sosial serta menghormati undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *