Budi95 Mampu Perkukuh Keselamatan Negara – PDRM

Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, PDRM menyambut baik usaha kerajaan itu sebagai bukti keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, termasuk anggota penguat kuasa yang bertugas di seluruh pelosok negara. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 22 Sep – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan inisiatif pelaksanaan Program Budi MADANI RON95 (Budi95) bukan sahaja dapat meringankan beban kos bahan api harian, malah mampu memperkukuh kesejahteraan sosial dan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, PDRM menyambut baik usaha kerajaan itu sebagai bukti keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, termasuk anggota penguat kuasa yang bertugas di seluruh pelosok negara.

“PDRM melihat inisiatif murni ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, bahkan memperkukuh kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.

“Pengurangan beban kos bahan api secara langsung dapat meningkatkan motivasi dan daya tahan anggota dalam melaksanakan amanah demi menjamin ketenteraman serta keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PDRM turut menyokong pendekatan inovatif kerajaan yang menggunakan pangkalan data MyKad di stesen minyak bagi menyemak kelayakan subsidi sebagai satu usaha pendigitalan negara.

“PDRM komited untuk terus berganding bahu bersama kerajaan demi menjayakan agenda nasional dan memelihara keselamatan negara,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *