Belanjawan 2026: Had Keluar Wang KWSP Untuk Ibadah Haji Naik Kepada RM10 Ribu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beg tenunan yang dihasilkan individu OKU untuk pembentangan Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 10 Oktober 2025. Foto Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI bersetuju had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan menunaikan ibadat haji dinaikkan kepada RM10,000, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, bakal jemaah haji dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui KWSP terhad kepada hanya RM3,000 bertujuan menggalakkan umat Islam yang memenuhi syarat-syarat dalam rukun Islam kelima itu berbuat demikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beg tenunan yang dihasilkan individu OKU untuk pembentangan Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 10 Oktober 2025. Foto Faiz Alif Zubir

KWSP akan memperincikan butiran lanjut pengumuman yang dibuat Anwar dalam masa terdekat terutama bagi mereka yang ingin mengerjakan haji pada musim akan datang.

Perdana Menteri berkata, untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal gantian award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026. Foto Bernama

Ini membolehkan perluasan diberikan kepada mereka yang tidak berkesempatan menunaikan ibadah berkenaan selain mengurangkan beban kos mengerjakan ibadah itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *