Belanjawan 2026: Bayaran STR Fasa 4 Dipercepat Kepada 18 Oktober Sempena Deepavali – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena perayaan Deepavali pada 20 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan MADANI bersetuju sempena perayaan Deepavali yang disambut kaum India pada 20 Oktober ini, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 berjumlah RM2 bilion yang dijadualkan untuk November, akan diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa, kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena perayaan Deepavali yang akan diumumkan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Jumlah RM2 bilion itu akan memanfaatkan lebih 9 juta penerima terdiri dari kalangan B40 dan M40 yang akan merancakkan ekonomi setempat dan memastikan kaum India dan rakyat Malaysia menikmati perayaan dan cuti panjang dengan lebih selesa.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara itu ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Selaras dengan pengumuman itu, bantuan tunai berkenaan juga akan membolehkan mereka yang telah menikmati Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap bulan dapat meringankan beban kos sara hidup dan menyambut perayaan itu dengan lebih bermakna.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
