Belanjawan 2026: Tanah Rizab Melayu Di Bandar Malaysia Ditambah Lebih 20 Hektar – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merancana pelan dan akan membangunkan fasa pembangunan menjelang akhir 2026.

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sebanyak 20.23 hektar di Bandar Malaysia, di Sungai Besi di sini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merancana pelan dan akan membangunkan fasa pembangunan menjelang akhir 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion bagi pengukuhan elektrik Sabah dan Sarawak bagi tahun 2026. Foto Kementerian Kewangan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini dengan diberi tepukan gemuruh ahli parlimen kerajaan.

Pembangunan yang akan dibina berlandaskan konsep pemilikan tanah diberi kepada orang Melayu dan tidak boleh dipindah milik kerana ia merupakan khazanah tidak ternilai bagi kaum terbesar di negara ini dengan nilai anggaran kasar tanah berjumlah RM200 bilion.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *