Bekas Naib Presiden AS Meninggal Dunia

Cheney berdepan kritikan global apabila mempertahankan penggunaan kaedah soal siasat keras ke atas suspek pengganas seperti ‘waterboarding’.

WASHINGTON, 4 Nov – Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Dick Cheney, tokoh berpengaruh pentadbiran bekas Presiden George W. Bush dan antara individu utama dalam pelan pencerobohan Iraq pada 2003, meninggal dunia pada usia 84 tahun, menurut kenyataan keluarganya, hari ini.

Cheney dilapor meninggal dunia malam tadi akibat komplikasi pneumonia serta penyakit jantung dan vaskular.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan, Ahli Kongres Wyoming dan kemudiannya dipilih sebagai calon naib presiden ketika Bush bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2000.

Cheney (kanan) berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan, Ahli Kongres Wyoming dan kemudiannya dipilih sebagai calon naib presiden ketika Bush bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2000.

Semasa memegang jawatan Naib Presiden dari 2001 hingga 2009, Cheney dikenali sebagai watak berpengaruh yang mendesak pengembangan kuasa eksekutif di White House.

Cheney merupakan antara penyokong paling lantang pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 atas dakwaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), yang akhirnya tidak ditemui.

Beliau turut berdepan kritikan global apabila mempertahankan penggunaan kaedah soal siasat keras ke atas suspek pengganas seperti ‘waterboarding’, yang dianggap sebagai penyeksaan oleh pelbagai badan hak asasi.

Cheney dikenali sebagai watak berpengaruh yang mendesak pengembangan kuasa eksekutif di White House.

Sebelum Perang Iraq, Cheney mengetuai operasi tentera AS mengusir Iraq dari Kuwait semasa Perang Teluk 1991 di bawah pentadbiran Bush.

Dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Nebraska, beliau membesar di Wyoming sebelum meniti karier politik di Washington bermula sebagai intern di era Presiden Richard Nixon.

Beliau meninggalkan isteri, Lynne Cheney serta dua anak perempuan, Liz dan Mary.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *