Banjir: Jumlah Mangsa Di Kedah Terus Meningkat

Polis memantau keadaan banjir di sekitar Yan pada 25 November 2025. Foto Facebook Polis Daerah Yan

ALOR SETAR, 26 Nov – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,049 orang berikutan Kota Setar dinaiki air, pagi tadi.

Kesemua mangsa terbabit adalah daripada 1,021 keluarga yang dipindahkan ke 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 802 mangsa daripada 238 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Polis memantau keadaan banjir di sekitar Yan pada 25 November 2025. Foto Facebook Polis Daerah Yan

Jumlah itu meningkat berbanding 688 mangsa daripada 199 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda dan SK Taman Aman sebelum ini.

Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Taman Aman meningkat kepada 612 orang daripada 184 keluarga manakala PPS SK Taman Uda seramai 190 mangsa daripada 54 keluarga.

Daerah Kubang Pasu meningkat kepada 2,247 orang daripada 783 keluarga berbanding 2,043 orang daripada 726 keluarga sebelum ini yang ditempatkan di 15 PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, 10 sungai di negeri ini masih mencatatkan bacaan melepasi tahap bahaya.

Sungai terbabit adalah di daerah Kota Setar; Padang Terap; Pendang; Sik dan Kubang Pasu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *