PM Anwar Terima Peletakan Jawatan Shamsul, SPRM Bebas Siasat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Shamsul dan menegaskan SPRM bebas menyiasat. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan setiausaha politik kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang bertindak sedemikian susulan cubaan menyerangnya dengan perkara boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.
Anwar dalam kenyataan berkata beliau berterima kasih atas perkhidmatan Pengerusi MPN Melaka itu sepanjang memegang jawatan terbabit.
“Berhubung tuduhan timbul, saya menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.

“Kerajaan Madani kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Semalam, Shamsul meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan kepada perdana menteri dengan mendakwa wujud percubaan menyerangnya dengan perkara boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.
“Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.

Shamsul sebelum ini terpalit kontroversi pengeluaran surat sokongan bagi kontraktor dalam sebuah projek hospital.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
