Pelakon Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Allahyarham Dharma meninggal dunia pada usia 69 tahun di rumahnya pada 25 November 2025.

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Anak kedua pelakon Dharma Harun Al Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya telah meninggal dunia sendirian di rumah mereka, hari ini.

Muhammad Al Syafiq ketika dihubungi berkata, dia baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya yang kedengaran panik ketika dihubungi, sebentar tadi.

Julai lalu, keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.

Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp ketika itu dipetik berkata, berat badannya hanya 45 kilogram.

Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *